Monday, November 9, 2009

SEPANG MOTO GP 25.10.2009

Salam sejahtera..para sahabat semua..diharap semuanya sihat-sihat belaka. Keghairahan MOTO GP Sepang memang telah lama dinantikan oleh para peminat superbike di Malaysia dan luar negara. Ini merupakan satu acara yang cukup berprestij bagi dunia sukan motosikal di dunia..kami juga tidak mahu tertinggal untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain bagi merasai debaran dan kehebatan MOTO GP pada tahun ini...pada 24/10/2009 kami bertolak dari Penang dan telah bermalam di Genting Highland sebelum menghadiri Final Moto GP di Sepang pada 25/10/2009...di bawah adalah beberapa gambar kenangan yang ingin kami paparkan bagi menaikkan semangat rakan-rakan yang telah bersama, ingin bersama-sama dan termasuk mereka yang tidak dapat bersama pada hari tersebut...ini adalah gambar pada 24/10/2009..

(Gambar bersama sebelum bertolak di Mega Fortune)

(Bikers sedang membaca doa selamat di Tmpt berkumpul)

(Sedang menunggu rakan2 di Petrol Station Juru)
(Semasa berhenti rehat di R&R Tapah..)
(Setiba di tempat penginapan..Genting Highland)

(Makan malam bersama bikerssss...)

Velentino Rossi empunya tunggal no. keramat 46 telah membuktikan kejaguhan beliau sekali lagi di Litar Antarabangsa Sepang...ya begitulah senarionya walaupun hanya mampu mengubah kedudukan dari no. 9 pada awal perlumbaan ke no.3 pada akhirnya tapi beliau masih mampu dinobatkan sebagai juara dunia Moto GP...satu perlumbaan yang amat menarik walaupun diganggu oleh hujan yang lebat sebelum permulaan perlumbaan...syabas dan tahniah diucapkan kepada Rossi sekali lagi...Disini dipaparkan beberapa gambar kenangan yang telah diambil pada 25/10/2009 ..

(Good Morning!..sebelum turun dari Genting Highland)
(Berkumpul di Titiwangsa dengan Kawasaki Malaysia)
(Tiba di tempat letak motosikal Litar Sepang)
(Sibuk parking motosikal..bro! Tengok kemera!)
(Dihadapan pintu pagar masuk Litar Sepang)
(Phewittttttt..penyeri mata..penjejuk hati..)
(Chearssss...bro kenny dan jack di barisan depan)

(Semua orang tidak melepaskan aksi hebat para pelumba)

Kepada kawan-kawan yang bersama Rossi di stadium saya amat pasti anda turut merasa debaran setiap kali moto-moto berkuasa ini melintas didepan anda..setiap kali mengambil selekoh anda pasti teruja dengan kelibat mereka..dan setiap kali terdengar bunyi deruman enjin moto anda pasti tertanya-tanya siapakah yang sedang bermaharajalela di barisan paling depan...yup..cukup menarik sekali. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan...