Thursday, December 10, 2009

KAWASAKI Z1000 MODEL TAHUN 2010

Salam sejahtera kepada kawan-kawan dan peminat superbike semua..a very good day to all of my friends..disini saya ingin paparkan sedikit informasi kepada mereka yang meminati, sedang mencari atau ingin menukar superbike terutamanya jenis street/naked bike..baru-baru ini pihak Kawasaki Japan telah melancarkan produk terbaru mereka yang dikatakan model terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Jepun setakat ini dalam kategori tersebut...KAWASAKI Z1000 Model tahun 2010..

Dijana oleh enjin terbaru yang diubahsuai dari model ZX10R..berkapasiti 1043cc, 4-inline 16 valve dengan fuel injection...kuasa yang mampu dijana oleh enjin ini adalah 136bhp yang mana membolehkan superbike ini mencapai kelajuan maksimum 160mph...berat badannya adalah 218kg dan dilengkapi dengan kerangka aluminium yang diperkuatkan...kehebatannya masih belum lagi dapat dirasai oleh peminat di negara kita namun kecanggihan rekabentuknya dapat kita lihat daripada beberapa gambar yang mampu saya paparkan di bawah..



Monday, November 9, 2009

SEPANG MOTO GP 25.10.2009

Salam sejahtera..para sahabat semua..diharap semuanya sihat-sihat belaka. Keghairahan MOTO GP Sepang memang telah lama dinantikan oleh para peminat superbike di Malaysia dan luar negara. Ini merupakan satu acara yang cukup berprestij bagi dunia sukan motosikal di dunia..kami juga tidak mahu tertinggal untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain bagi merasai debaran dan kehebatan MOTO GP pada tahun ini...pada 24/10/2009 kami bertolak dari Penang dan telah bermalam di Genting Highland sebelum menghadiri Final Moto GP di Sepang pada 25/10/2009...di bawah adalah beberapa gambar kenangan yang ingin kami paparkan bagi menaikkan semangat rakan-rakan yang telah bersama, ingin bersama-sama dan termasuk mereka yang tidak dapat bersama pada hari tersebut...ini adalah gambar pada 24/10/2009..

(Gambar bersama sebelum bertolak di Mega Fortune)

(Bikers sedang membaca doa selamat di Tmpt berkumpul)

(Sedang menunggu rakan2 di Petrol Station Juru)
(Semasa berhenti rehat di R&R Tapah..)
(Setiba di tempat penginapan..Genting Highland)

(Makan malam bersama bikerssss...)

Velentino Rossi empunya tunggal no. keramat 46 telah membuktikan kejaguhan beliau sekali lagi di Litar Antarabangsa Sepang...ya begitulah senarionya walaupun hanya mampu mengubah kedudukan dari no. 9 pada awal perlumbaan ke no.3 pada akhirnya tapi beliau masih mampu dinobatkan sebagai juara dunia Moto GP...satu perlumbaan yang amat menarik walaupun diganggu oleh hujan yang lebat sebelum permulaan perlumbaan...syabas dan tahniah diucapkan kepada Rossi sekali lagi...Disini dipaparkan beberapa gambar kenangan yang telah diambil pada 25/10/2009 ..

(Good Morning!..sebelum turun dari Genting Highland)
(Berkumpul di Titiwangsa dengan Kawasaki Malaysia)
(Tiba di tempat letak motosikal Litar Sepang)
(Sibuk parking motosikal..bro! Tengok kemera!)
(Dihadapan pintu pagar masuk Litar Sepang)
(Phewittttttt..penyeri mata..penjejuk hati..)
(Chearssss...bro kenny dan jack di barisan depan)

(Semua orang tidak melepaskan aksi hebat para pelumba)

Kepada kawan-kawan yang bersama Rossi di stadium saya amat pasti anda turut merasa debaran setiap kali moto-moto berkuasa ini melintas didepan anda..setiap kali mengambil selekoh anda pasti teruja dengan kelibat mereka..dan setiap kali terdengar bunyi deruman enjin moto anda pasti tertanya-tanya siapakah yang sedang bermaharajalela di barisan paling depan...yup..cukup menarik sekali. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan...

Tuesday, October 20, 2009

RUMAH TERBUKA KBC 10.10.2009

Salam sejahtera..siaran tergendala menjelma semula..jutaan keampunan diminta..Ini adalah beberapa gambar kenangan semasa ahli-ahli G-LATS BIKERS dan rakan-rakan bikers lain yang dijemput ke hari Rumah Terbuka Krian Bikers Club (KBC)..terima kasih banyak-banyak kawan-kawan bikers dari KBC. Aktiviti sebegini adalah amat dialu-alukan kerana dapat merapatkan silatulrahim dan juga semangat muhibah dikalangan bikers semua...


On the bike!..Bro Mail selaku Ketua rombongan

Barisan superbike dari G-LAT Bikers

Rakan-rakan Bikers tengah parking

Barisan superbike di depan khemah

Para tetamu sedang menjamu selera

G-LAT BIKERS..masa untuk berangkat pulang

Tuesday, October 13, 2009

RUMAH TERBUKA HARI RAYA DR HURI

Selamat berjumpa kembali..perghhhh..lepas raya tahun ni keje pun bertimbun..ni baru boleh bernyawa sikit...minta maaf kepada kengkawan semua sebab dah lama tak update program yang telah kita lalui bersama sepanjang tempoh ni...di bawah adalah gambar kenangan semasa menghadiri majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri di rumah Dr. Huri di Permatang Pauh pada 26.9.2009 yang lepas...

(Hero-hero G-LAT Bikers sedang berposing..)

(Hello..testing.."on the bike!"..hebat abg rahman kita)

(Salam..jangan tak salam bang..duit raya mana?)
(Barisan superbike tengah parking di depan rumah)
(Disambut oleh tuan rumah..Dr Huri..)

(Sedang menjamu selera..go..go..go..)
(Masa untuk menjamu selera..sedap banggg)
(On the bike!!..nak berangkat balik dah)
(Terima kasih Dr Huri..dan selamat hari raya!)

Monday, September 28, 2009

TRI-NATION CHARITY RIDE 2009

A very good day to everyone...salam sejahtera. Sawadeekrap..1st of all we "G-LAT BIKERS" would like wish a humble welcome to all our brothers and sisters for participating in "TRI NATION CHARITY RIDE 2009"...and "WELCOME TO MALAYSIA!"...the event started with big bike gathering at Juru Auto City, Penang on 26 Oct 2009 around 1.30pm...there are about 700 bikers mostly from our friendly neighbourhood "Singapore", The Land Of Smile "Thailand" and our lovely Malaysian brothers and sisters...thanks to all.

(Sedang berehat di Oldtown Kopitiam Juru)

Kami dari "G-LAT BIKER" juga telah terpanggil untuk mengambil bahagian dalam acara yang cukup menarik ini. Acara sebegini memang bagus kerana dapat mengeratkan silatulrahim antara semua bikers termasuk juga para pengunjung ke acara tersebut...selain itu aktiviti kebajikan juga diberikan tumpuan bagi membantu mereka yang memerlukannya.

(G-LAT Bikers bergambar di tengah panas, Cameraman cepat!!)


(General Kelab G-LAT Bikers tengah parking)


(Barisan Superbike yang mengambil bahagian)


(Motosikal 3 Roda..Inovasi terbaru dunia Superbike)

(Abang2 polis mengetuai konvoi ke Bukit Jambul)


(Rakan2 Bikers berangkat ke Bukit Jambul)

Tuesday, September 22, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Salam sejahtera kepada semua...sekarang disampaikan laporan berita tergendala pada 12.9.2009..satu majlis berbuka puasa telah selamat diadakan bertempat di Hotel Naza, Tanjung Bungah untuk semua para sahabat bikers bagi mengeratkan lagi silatulrahim yang sedia rapat...seramai 19 bikers telah menyertai majlis yang mulia ini dimana semua telah berkumpul di kedai Mega Fortune Seberang Perai seawal jam 6 petang..kemudian konvoi mula bergerak ke tempat yang dijanjikan pada jam 6.20 petang...di bawah adalah beberapa gambar kenangan yang berjaya dirakamkan sepanjang petang tersebut.


Dengan kesempatan ini juga kami "G-LAT BIKER" ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"..maaf zahir dan batin kepada semua kaum mislimin dan muslimat di luar sana...termasuklah semua warga malaysia dan bukan warganegara...semoga semua orang akan sentiasa gembira dan dirahmati tuhan...kepada Mega Fortune, terima kasih kerana telah bersama kami dan selalu menyokong aktiviti bikers...

Wednesday, September 16, 2009

KOH SAMUI, THAILAND TRIP 13-16/8/2009



Salam sejahtera..Sawadeekrap..atas permintaan rakan-rakan yang telah bersama-sama menjayakan program "RIDE TO KOH SAMUI AND NAKHON SOUTHERN BIKE WEEK" yang telah berlangsung pada 13-16 Ogos 2009...di sini dipaparkan beberapa gambar kenangan yang dapat saya cari setelah puas berurusan dengan pihak penganjur...

Pengembaraan ini bermula daripada Kedai Mega Fortune di Seberang Perai bersebelahan dengan Mega Mall...semua biker telah berkumpul seawal jam 6.30 pagi dan mula bertolak sekitar jam 7.00 pagi kalau jam saya tak silap...semua biker telah menempuh perjalanan yang menarik sehingga tiba di jeti Surat Thani untuk naik feri ke Koh Samui...Koh samui merupakan tempat yang sangat menarik ibarat mcm pulau Hawaii..kebanyakkan mat salleh akan datang ke sini terutamanya bila musim sejuk melanda negara mereka..banyak hotel dan resort telah habis ditempah sebab bulan ogos adalah peak season..jadi kalau anda semua nak ke sini dinasihatkan buat tempahan dulu..harganya pun lain sikit. Malam hari memang cukup "happenning"...semua ada..clubbing, hiburan, persembahan, segala macam benda..kalau nak tempat yang romantik pun cukup banyak...ikut citarasa masing-masing..

15.08.2009 bikers semua telah bertolak ke "NAKHON SOUTHERN BIKE WEEK"..setelah ronda-ronda dan cuci mata lebih kurang kami semua pun bertolak balik dan bermalam di Hadyai..16.8.2009 semua bertolak balik ke Malaysia dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing...