Wednesday, September 16, 2009

KOH SAMUI, THAILAND TRIP 13-16/8/2009



Salam sejahtera..Sawadeekrap..atas permintaan rakan-rakan yang telah bersama-sama menjayakan program "RIDE TO KOH SAMUI AND NAKHON SOUTHERN BIKE WEEK" yang telah berlangsung pada 13-16 Ogos 2009...di sini dipaparkan beberapa gambar kenangan yang dapat saya cari setelah puas berurusan dengan pihak penganjur...

Pengembaraan ini bermula daripada Kedai Mega Fortune di Seberang Perai bersebelahan dengan Mega Mall...semua biker telah berkumpul seawal jam 6.30 pagi dan mula bertolak sekitar jam 7.00 pagi kalau jam saya tak silap...semua biker telah menempuh perjalanan yang menarik sehingga tiba di jeti Surat Thani untuk naik feri ke Koh Samui...Koh samui merupakan tempat yang sangat menarik ibarat mcm pulau Hawaii..kebanyakkan mat salleh akan datang ke sini terutamanya bila musim sejuk melanda negara mereka..banyak hotel dan resort telah habis ditempah sebab bulan ogos adalah peak season..jadi kalau anda semua nak ke sini dinasihatkan buat tempahan dulu..harganya pun lain sikit. Malam hari memang cukup "happenning"...semua ada..clubbing, hiburan, persembahan, segala macam benda..kalau nak tempat yang romantik pun cukup banyak...ikut citarasa masing-masing..

15.08.2009 bikers semua telah bertolak ke "NAKHON SOUTHERN BIKE WEEK"..setelah ronda-ronda dan cuci mata lebih kurang kami semua pun bertolak balik dan bermalam di Hadyai..16.8.2009 semua bertolak balik ke Malaysia dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing...

No comments:

Post a Comment