Wednesday, September 9, 2009

Salam perkenalan



Salam sejahtera pembuka bicara...salam perkenalan pemanis kata...kami sebagai "KLAN" baru dalam dunia permotoran motosikal berkuasa tinggi ingin menghulurkan tangan sebagai salam perjumpaan di ruangan ini....kami berharap dengan adanya ruangan ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim dengan abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, pakcik-pakcik, makcik-makcik...dan semua insan di luar sana tak kira agama dan bangsa..tak kira rupa paras..tak kira tempat tinggal..tak kira ada moto berkuasa tinggi atau tidak...yang penting berminat dengan aktiviti dan berjiwa sebagai seorang bikers...yessss...berjiwa bikers!

Sebenarnya kami hanyalah segolongan masyarakat yang sering berkumpul...berjumpa..dan berkongsi minat yang sama antara satu sama lain terutamanya mengenai dunia motosikal berkuasa tinggi...sering mengembara bersama untuk menambahkan kenalan dan pengetahuan di samping menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan. Perjumpaan yang sihat ini telah membutik..dibajai pula dengan persefahaman dan keikhlasan membuatkannya semakin subur..disirami dengan sifat kasih sayang dan saling memahami..membuatkan butik kecil berkembang menjadi bunga yang cantik..bunga yang mewangi ini telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan...maka wujudlah sebuah klan baru yang dikenali sebagai "G-LAT BIKERS"

Ruangan ini diwujudkan untuk membolehkan kami semua dapat berkenalan dengan masyarakat berbilang kaum di luar sana dengan lebih rapat..dan juga sebagai sahutan kepada slogan "1MALAYSIA" seperti yang dilaungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita disamping dapat mengetengahkan aktiviti-aktiviti sihat yang telah kami lalui bersama sebagai sebuah klan baru..."G-LAT BIKERS"...

No comments:

Post a Comment