Salam sejahtera kepada semua warga G-LAT BIKERS, Bikers-Bikers, Bikers to be..dan semua insan di luar sana sama ada yang terus menyokong..disokong..harap-harap tak ada yang terkongkong...dan sesiapa sahaja yang sering mengunjungi blog ini...semoga semuanya sihat-sihat belaka.
Sebelum kita melangkah lebih jauh ke dalam dunia motosikal..elok rasanya kalau kita tau sedikit sebanyak mengenai pengkelasan motosikal itu sendiri..sekurang-kurangnya boleh la kita jawab bila si awang mula bertanya"Abang...CBR tu motosikal jenis apa?"...sebelum apek depan rumah berkata "waaa..banyak cun looo lu punya moto..apa dia punya nama?"...sebelum si candra ingin tahu "ai yo yoo...macha..ini moto bole lari sampai 300km/j ka?"...(nama di sini hanyalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah mati)...oleh itu marilah kita tengok sepintas lalu...bagaimana motosikal itu dikelaskan...
Sejarahnya...pada lewat tahun 1960-an...para bijaksana dan cendekiawan permotoran telah mula mengkelaskan motosikal mengikut "power" dan kegunaannya...setelah sehari semalam berbincang..maka 3 kelas utama telah dipersetujui bersama...iaitu:
1) 250cc dan kebawah...motosikal peringkat entry level...berkuasa rendah dan kegunaan utamanya adalah untuk pengangkutan harian untuk bekerja ataupun angkut barang...ramai yang menganggapnya sebagai baby superbike..dan ada juga yang menganggapnya bukan superbike pun..bergantung kepada penerimaan masing-masing...tapi walaupun masih baby jangan sekali-kali menafikan keupayaannya yang mungkin membuatkan anda boleh kena stroke...Contohnya Aprilla RS250

2) 500cc dan kebawah...motosikal dalam kelas ini adalah lebih "power" dengan ledakan kuasa yang cukup mengancam..kuasanya adalah di antara 100hp-120hp mengikut pengeluar masing-masing (sama dengan kereta 1500cc)...banyak bijak pandai yang menganggap motosikal dengan kapasiti 500cc dan ke atas sahaja yang layak dikelaskan sebagai superbike...je la kan perkataan "super" itu sendiri dah menerangkan betapa berkuasanya jentera itu betul tak. Kegunaan utama moto kelas ini adalah untuk pengangkutan dan bersantai di hujung minggu termasuklah nak test power...contohnya Honda CBR600RR

3)
1000cc dan kebawah...biasanya motosikal dalam kelas ini mempunyai kuasa di antara 170hp - 180hp mengikut teknologi pengeluaran masing-masing. Kelajuan yang mampu dicapai oleh superbike dalam kelas ini boleh mencapai maksimum speed lebih kurang 300km/j...saya tak boleh bayangkan kelajuan ini sebab tak pernah lagi cuba untuk bawa selaju itu..sebenarnya tak berani he..he..he..superbike dalam kelas ini biasanya digunakan untuk bersantai ataupun berlumba sahaja..jarang la orang bawa motosikal kelas ini untuk angkut barang. Dengan kemajuan teknologi sekarang berat motosikal ini telah berjaya dikurangkan sehingga berada dalam lingkungan 180kg sahaja membuatkannya semakin mudah dikendalikan disamping bentuk yang lebih erodinamik yang boleh membelah angin dengan lebih efektif..contohnya Yamaha YZF RI

Mana-mana superbike yang berkapasiti melebihi 1000cc dikelaskan sebagai "Hyper Sport"...yang mana kuasanya memang sukar dibayangkan..contohnya Suzuki Hayabusa 1300cc yang dikatakan mempunyai kuasa 197hp dan boleh mencapai kelajuan maksimum lebih kurang 322km/j...perghhhh sama laju dengan "Bullet Train" tu...saya rasa kalau dibangunkan lagi dah boleh jadi moto terbang tu bukannya motosikal lagi..ha..ha..ha..
Apa-apa pun semua orang mempunyai citarasa dan pendapat masing-masing..lain kali kita akan tengok pula kategori superbike...sehingga berjumpa lagi di episod akan datang..